Misi Keluarga Malaysia Everest (KAME) 2022 memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan pendakian ke puncak Everest atas faktor cuaca dan keselamatan. <br /><br />Bagaimanapun, Ketua Misinya, Azim Afif Ishak menjelaskan perjuangan yang tertangguh itu akan tetap diteruskan pada tahun depan bersama anggota pendaki yang sama. <br /><br />Beliau pada masa sama melahirkan penghargaan kepada penaja, rakyat Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sebelum ini banyak memberi kata-kata semangat bagi meneruskan misi menawan puncak tertinggi di dunia itu.